Latar belakang Tetikus

Penamaan

Peranti ini dinamai daripada struktur model-model yang awal (yang memiliki wayar pada bahagian belakang peranti yang kelihatan seolah-olah ekor) yang seakan-akan badan tikus. Penerbitan perkataan mouse pertama yang diketahui adalah dalam terbitan Computer-Aided Display Control oleh William English, seorang jurutera pengkomputeran, pada tahun 1965.

Sejarah

Bebola jejak yang pertama di dunia dicipta oleh Tom Cranston, Fred Longstaff, dan Kenyon Taylor yang bekerja dalam projek DATAR Tentera Laut Di Raja Kanada pada 1952. Ia menggunakan bola boling lima-pin piawai Kanada dan tidak dipatenkan kerana ia merupakan projek rahsia ketenteraan.

Pembangunan peranti ini bermula dengan terciptanya bebola jejak (trackball) pada tahun 1946 oleh Richard Benjamin yang bekerja dalam Khidmat Saintifik Tentera Laut Diraja British. Beliau menghasilkan peranti tersebut sebagai satu bahagian daripada sebuah sistem pemetaan arahan radar bagi mengemudi senjata api mengenai sasaran mereka dengan berasaskan komputer-komputer analog. Projek tersebut pada asalnya menggunakan kayu ria sebagai alat memasukkan input, namun Richard merasakan yang dia memerlukan sesuatu yang lebih lancar untuk pengguna mengendalikan sistemnya[1][2]; oleh itu beliau pun menciptalah sebuah prototaip yang terdiri daripada bebola yang digerakkan dua roda getah sebagai alat alternatifnya.[1] Ciptaan alat ini dipatenkan pada tahun 1947,[2] dan ia disimpan sebagai sebuah rahsia ketenteraan.[1]

Sebuah rekaan bebola jejak yang berasingan turut dikembangkan oleh Kenyon Taylor, seorang jurutera elektrik British, berserta rakan-rakannya Tom Cranston dan Fred Longstaff. Rekaan ini menggunakan empat cakera yang digerakkan gulingan bola (bersaiz bola boling lima-pin), dua pasangan cakera masing-masing untuk arahan X dan Y. Apabila bola tersebut dipusingkan, cakera-cakera yang berkenaan akan bergerak sekali di mana rim-rim luaran mereka akan bersentuhan secara singkat dengan wayar-wayar yang menghasilkan nadi elektrik. Pengiraan nadi-nadi tersebut oleh komputer digital kemudiannya akan dapat menentukan lokasi gerakan bebola tersebut, dan nadi-nadi ini ditukarkan kepada kod-kod dalam bentuk isyarat radio untuk dihantarkan kepada kapal-kapal yang berdekatan.[3] Rekaan Kenyon turut disimpan sebagai rahsia ketenteraan.

Paten tetikus awal. Dari kiri ke kanan: Roda runut bertentangan oleh Engelbart, Nov. 1970, Templat:US Patent. Bebola dan roda oleh Rider, Sept. 1974, Templat:US Patent. Bebola dan dua penggelek dengan pegas oleh Opocensky, Okt. 1976, Templat:US Patent.Tetikus komputer yang pertama, dipegang oleh pencipta Douglas Engelbart, menunjukkan roda memberikan sentuhan dengan permukaan.

Pada tahun 1964, Douglas Engelbart, seorang jurutera dari Amerika Syarikat berserta William English membina prototaip tetikus pertama mereka,[4][5] berdasarkan nota-nota Engelbart yang dilhamkan pada November tahun yang lalu mengenai cara menukarkan prinsip-prinsip alat planimeter kepada input koordinat X-Y[4] - di mana konsep alat tersebut terdiri daripada sebuah takat titis serta dua roda orthogonal, dan alat tersebut akan kekal pada tempatnya apabila ia dilepaskan serta ia mudah diselaraskan bersama papan kekunci.[4]